Kitab Doa

Perbendaharaan Di Syurga

Perbendaharaan Di Syurga

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

Terjemahan

Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah.

Transliterasi

Laa hawla wa laa quwwata illa billah

Hadis Dan Keterangan

Daripada Abu Musa (Radiyallahu anhu) berkata, Rasulullah ﷺ bersabda kepadanya, “Mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu kalimah yang termasuk dari simpanan syurga?” Abu Musa menjawab, “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda, Laa hawla wa laa quwwata illa billah (Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah).”

(Riwayat Bukhari no.6409 dan Riwayat Muslim no.2704)