Kitab Doa

Doa Ketika Bersin

Doa Ketika Bersin

(1) Doa Ketika Bersin

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ

Terjemahan

Segala puji bagi Allah.

Transliterasi

Alhamdulillaah

Hadis Dan Keterangan

Daripada Abu Hurairah (Radiyallahu anhu) berkata, Nabi ﷺ bersabda, “Apabila seseorang daripada kamu bersin, maka sebutlah (seperti di atas).”

(Riwayat Bukhari no.6224)

Daripada Abu Hurairah (Radiyallahu anhu) berkata, Nabi ﷺ bersabda, “Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan tidak menyukai menguap. Apabia seseorang daripada kamu bersin, maka ucapkanlah “Alhamdulillah.” Maka bagi siapa yang mendengarnya hendaklah menjawab, “Yarhamukallah.” Manakala menguap itu daripada syaitan, maka apabila seseorang dari kamu semua menguap, maka hendaklah dia menahannya sedaya mungkin, kerana jika seseorang kamu menguap seraya mengeluarkan bunyi Haaa, syaitan akan mentertawakannya.”

(Riwayat Bukhari no.6223)

(2) Doa Mendengar Orang Lain Bersin

يَرْحَمُكَ اللَّهُ

Terjemahan

Semoga anda dirahmati Allah.

Transliterasi

Yarhamukallaah

Hadis Dan Keterangan

Daripada Abu Hurairah (Radiyallahu anhu) berkata, Nabi ﷺ bersabda, “Apabila seseorang daripada kamu bersin, maka sebutlah Alhamdulillah. Saudaranya yang mendengar pula menyebut (seperti di atas).”

(Riwayat Bukhari no.6224)

(3) Membalas Doa Dari Orang Lain Yang Mendengar Bersin

يَهْدِيْكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

Terjemahan

Semoga Allah memberi hidayah dan memperbaiki urusan anda.

Transliterasi

Yahdiikumullaahu wa yushlihu baalakum

Hadis Dan Keterangan

Daripada Abu Hurairah (Radiyallahu anhu) berkata, Nabi ﷺ bersabda, “Apabila seseorang daripada kamu bersin, maka sebutlah Alhamdulillah. Saudaranya yang mendengar pula menyebut Yarhamukallaah. Jika saudaranya berkata demikian, maka orang yang bersin tadi jawablah dengan menyatakan (seperti di atas).”

(Riwayat Bukhari no.6224)