Kitab Doa

Doa Kaffarah Majlis

Doa Kaffarah Majlis

(1)

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ ، أشْهَدُ أنْ لا إلهَ إِلاَّ أنْتَ ، أسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إلَيْكَ

Terjemahan

Maha suci Engkau ya Allah dan dengan segala pujian untuk-Mu, aku bersaksikan tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Engkau, aku memohon keampunan-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.

Transliterasi

Subhaanakallahumma wa bihamdika, asy-hadu alla ilaha illa anta, as-tagh-firuka wa atuubu ilaik

Hadis Dan Keterangan

Daripada Abu Hurairah (Radiyallahu anhu) katanya, Nabi ﷺ bersabda, “Barangsiapa yang berada dalam satu majlis, banyak di dalamnya suara riuh rendah, lalu dia ucapkan sebelum dia meninggalkan majlis tersebut (seperti di atas), melainkan dosanya akan diampunkan selama dia berada dalam majlis tersebut.”

(Riwayat at-Tirmidzi no.3433)

(2)

اللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا تَحُولُ بِهِ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيكَ ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهِ جَنَّتَكَ ، وَمِنَ الْيَقِينِ مَا تُهَوِّنُ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا ، اللَّهُمَّ مَتِّعْنَا بأسْمَاعِنا ، وَأَبْصَارِنَا ، وقُوَّتِنَا مَا أحْيَيْتَنَا ، وَاجْعَلْهُ الوارثَ مِنَّا ، وَاجْعَلْ ثَأرَنَا عَلَى مَنْ ظَلَمَنَا ، وَانْصُرْنَا عَلَى مَنْ عَادَانَا ، وَلاَ تَجْعَلْ مُصيبَتَنَا فِي دِينِنَا ، وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا ، وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا ، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا

Terjemahan

Ya Allah kurniakanlah kepada kami bahagian rasa takut kepada-Mu yang dapat menghalang antara kami dengan berbuat maksiat kepada-Mu, dan ketaatan yang menyampaikan kami sehingga ke syurga-Mu, dan keyakinan yang menjadikan kami merasa ringan dengan musibah- musibah dunia, dan jadikanlah kami dapat menikmati pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selama kami masih hidup, jadikanlah semua itu kekal hingga kami mati. Kenakanlah balasan kami hanya ke atas orang yang menzalimi kami, dan tolonglah kami terhadap sesiapa yang memusuhi kami, dan jangan Engkau (Ya Allah) jadikan musibah pada agama kami, dan jangan pula Engkau jadikan dunia itu perkara yang lebih besar dalam tujuan kami, dan jangan juga hanya dunia itu sahaja yang kami ketahui, dan jangan Engkau jadikan sesiapa yang tidak mengasihi kami menguasai ke atas kami.

Transliterasi

Allaahummaqsim lanaa min khasyyatika maa yahuulu bihii bainanaa wa baina ma’aashiika, wa min thaa’atika maa tuballighunaa bihi jannataka, wa minal yaqiini maa tuhawwinu bihi ‘alainaa mushiibaatid dunyaa wa matti’naa biasmaainaa wa abshaarinaa wa quwwatinaa maa ahyaitanaa, waj’alhul waaritsa minnaa waj’al tsa`ranaa ‘alaa man zhalamanaa wanshurnaa ‘alaa man ‘aadaanaa, walaa taj’al mushiibatanaa fii diininaa wa laa taj’alid dunyaa akbara hamminaa wa laa mablagha ‘ilminaa, wa laa tusallith ‘alainaa man laa yarhamunaa

Hadis Dan Keterangan

Daripada ‘Abdullah bin ’Umar (Radiyallahu anhu) katanya, “Jarang sekali Rasulullah ﷺ bangun dari sesuatu majlis, melainkan baginda akan membaca terlebih dahulu doa-doa ini untuk para sahabat (seperti di atas).”

(Riwayat at-Tirmidzi no.3502)

(3)

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Terjemahan

Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang.

Transliterasi

Rabbighfirlii wa tub ‘alayya, innakat tawwaabur rahiim

Hadis Dan Keterangan

Daripada ‘Abdullah bin ’Umar (Radiyallahu anhu) katanya, “Sungguh kami telah menghitung ucapan Rasulullah ﷺ dalam satu majlis baginda membaca (seperti di atas) sebanyak seratus kali.”

(Riwayat Abu Daud no.1516 dan Riwayat at-Tirmidzi no.3434)