Kitab Doa

Bacaan Ketika Dalam Kesusahan

Bacaan Ketika Dalam Kesusahan

(1)

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Terjemahan

Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zalim.

Transliterasi

Laa ilaaha illaa anta subhaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin

Hadis Dan Keterangan

Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas (Radiyallahu anhu) katanya, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Doa Nabi Yunus, ketika berada di dalam perut ikan Nun (seperti di atas). Sesungguhnya tiada seseorang muslim yang berdoa dengannya dalam suatu masalah, melainkan akan dimakbulkan oleh Allah untuknya.”

(Riwayat at-Tirmidzi no.3505 dan Riwayat Ahmad no.1383)

(2)

اَللَّهُ اللَّهُ رَبِّي، لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا

Terjemahan

Allah, Allah, Tuhanku. Aku tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.

Transliterasi

Allah Allah Rabbii, laa usyriku bihi syai-an

Hadis Dan Keterangan

Daripada Asma’ binti ’Umais (Radiyallahu anha) katanya, bahawa Rasulullah ﷺ berkata kepadaku, “Mahukah aku ajarkan kepadamu beberapa kalimat doa untuk kamu membacanya ketika di dalam kesusahan? Iaitu (seperti di atas).”

(Riwayat Abu Daud no.1525 dan Riwayat Ibnu Majah no.3882)